Dosa dah tak tertampung dek badan
Lalu diriku meroyan2
Rahmat Tuhan jadi harapan
Pagar diri dari kesesatan
Oh badanku dah kotor dilempar najis dosa,
janganlah kau biarkan jatuh ke lopak pula
Pasangkan untukku tangkal azimat
Mengelak diri dari mudharat
Oh bukanlah unuk maslahat ku
Tetapi untuk fadhilatmu
‘yang dimataku rindu
Dihati menusuk kalbu
Ditelinga menyeru2’
Yang mana baikku gembiramu
Yang sihatku senyummu
Tidaklah ini dan itu
Melainkan kerana kamu
Dah berlalulah zaman yang panjang
Aku tetap begitu, sedang engkau menanti pulangku-suatu harapan gemilang
Tetapi aku ..
Tetapi aku..
Tidak seperti yang kau mahu
Tak bisa ku harung semua ombak
Yang menghempas jasadku
Lalu ku terjatuh ke juram yang dalam
Terluka , ubatnya tiada
Sering kali ku cuba untuk keatas semula
Sekonyong2 angin datang lagi dikelilingi camar
Mengganggu jalanku
Ku terjatuh lagi..
Peristiwa berkali2 sampai badanku dah lali..
Malulah menceritakan kisah yang hakiki
Menyesalnya tak sudah sampai mati
Benarlah kata2 orang lama ‘‘ sesungguhnya sejam yang dibazirkan melakukan perkara kerana selainNya, maka layaklah penyesalan baginya seumur hidup. ’’
Tapi kutahu…
Segalanya tak mustahil
Jika hadir rahmatMU
Wahai TUHANKU
Untukku membaik rupa asalku
Jadi anak2 suci semula
Alangkah indahnya!!
Bagaimana muka2 begini boleh jumpa dengan kekasih??!!
Bagaimana bau ini boleh berhadap dengan kekasih2 ??!!
Bagaimana inginku menatap wajahnya ??!!
Bagaimana untukku jamah mulus tangannyaa ??!!
Moga dapat redha moga terampun dosa
Moga boleh bersama semula
Dia menunjukku sebaik2 jalan bagai dulu
Ya aku dulu begini dan begitu - degil tak mengikut nasihatnya,
Tapi izinkan diri mengatur rentak semula
Aku dah menginsafi waktu2 kelmarin,
Marilah untuk bersama
Siapalah aku tanpamu dijiwa
Siapalah aku tanpaku dalam jagaan-mu
Sesat entah kemana
Waktu2 yang lalu dah jelas membuktikan kataku
Layaklah aku dicaci maki-kerna layakku memang begitu,
Tapi terimalah aku
Terimalah aku
Moga RAHMATNYA tertimpa kearahku
Lalu dapatku sabar ikhlas tekun mengharungi cabaran alam ini
Denganmu- guruku
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق