الجمعة، 24 ديسمبر 2010

القياس البديع


تعصي الإله وأنت تظهر حبه ... هذا لعمري في القياس بديع

لو كان حبك صادقا لأطعته ... إن المحب لمن يحب مطيع

kamu melakukan maksiat terhadap Tuhan, sedangkan engkau menzahirkan luaran yang seakan-akan sayang kepadaNya...
 ---
sesungguhnya bagiku perkataan ini adalah bidalan yang amat tinggi (jelek sekali)...
---
jika kau kasihmu kepadaNya adalah benar sudah tentu kau akan mentaatiNya...
---
kerana sesungguhnya setiap kekasih yang benar itu sangat mentaati Kekasihnya...
 

الاثنين، 11 أكتوبر 2010

-haribaan pintuMu-



benarkah tiada bagiku
ruang di dsisiMu untukku bertapak 
walaupun sejengkal jari 
untuk aku berdiri di ambang pintuMu...

الأربعاء، 22 سبتمبر 2010

tiada kata


bagaimana kan ku mula..
dan apakah kata2
terindah untuk dibadikan...

tiap kata berkisah tiap madah bererti 
manakah ilhamku...

cahaya dimatamu, senyum dibibirmu 
menjadi seribu tanda pertanyaan
mungkinkah kau jua
dalam kerinduan disaat begini
aku memerlukan..

- -sifu m nasir- -

الخميس، 1 يوليو 2010

-itu dia-


lembut pandangan,
manis senyuman,
mulus muka,
benar suara,
jelas, seputih kainnya
suci, kuharap begitulah hatinya

الأحد، 9 مايو 2010

nafsu, tidurlah kamu

muka;
muka yang elok janganlah kau lemparkan ke tempat yang berkelok
takut terjatuh ke lopak ; terngadah mengaduh



moga rindu bimbang
kan membaik jiwa
mewaras akalmu
melena tidur nafsu
(pati)

biarkanlah ia berdengkur sendiri
moga selama2 nya berseloka
lalu batinmu tenang
 badanmu sejahtera



bahkan lebih dari itu...
biarlah 'dia' bertennag
tersenyum lihatku
baik seperti dahulu
mog2 sejahteraku membahagiakannya
hanya senyumannya lah pengubat luka lara!
titik kejayaan ku disana dan dunia

hatiku takut
tiadalah yang lebih besar  dari diri
bila akal tidak lagi dikepala
lalu menerawang
melaku semua carca marba


oh biarkanlah ia nyenyak beradu
moga dengan itu aku kan berhasil melakukan segala
menggembirakan dia
izinkanlah dia tersenyum untukku
walau sekali cuma
walau sebenntar saja

walau dengan sementara

...

biarkanlah nafsu tidur
semahunya
selama-lama jagung rebus
ditunggu putiknya


malam bantulah aku
bulan sanggalah pundakku
moga terbit cahaya sinar nanti
aku terkesima, sedang dia tersenyum lagi  disitu
biarkanlah nostalgia lama
bukakanlah lembaran baru
cerita2 suka biarkanlah ia bermula
sementelahan tidurnya sang nafsu 

الثلاثاء، 4 مايو 2010

air dan api

aku dan dia bak air dan api

bila api marak 
aku padam dengan lembut rembesanku
tapi bila naik gilaku
kan terbenamlah api  dalam bahku


bila air kesjukan
api jadi teman 
memanaskan ruang
selesakan daku


bila api marak tak keruan
ku titiskan embun nan manja
moga tenang halnya




الأحد، 2 مايو 2010

segalanya tak mustahil jika hadir rahmatMu


Dosa dah tak tertampung dek badan
Lalu diriku meroyan2
Rahmat Tuhan jadi harapan
Pagar diri dari kesesatan

Oh badanku dah kotor dilempar najis dosa,
 janganlah kau biarkan jatuh ke lopak pula
Pasangkan untukku tangkal azimat
Mengelak diri dari mudharat

Oh bukanlah unuk maslahat ku
Tetapi untuk fadhilatmu
‘yang dimataku rindu
Dihati menusuk kalbu
Ditelinga menyeru2’
Yang mana baikku gembiramu
Yang sihatku senyummu
Tidaklah ini dan itu
Melainkan kerana kamu
 

Dah berlalulah zaman yang panjang
Aku tetap begitu, sedang engkau menanti pulangku-suatu harapan gemilang
Tetapi aku ..
Tetapi aku..
Tidak seperti yang kau mahu

Tak bisa ku harung semua ombak
Yang menghempas jasadku
Lalu ku terjatuh ke juram yang dalam
Terluka , ubatnya tiada
Sering kali ku cuba untuk keatas semula
Sekonyong2 angin datang lagi dikelilingi camar
Mengganggu jalanku
Ku terjatuh lagi..
Peristiwa berkali2 sampai badanku dah lali..
Malulah menceritakan kisah yang hakiki
Menyesalnya tak sudah sampai mati



Benarlah kata2 orang lama ‘‘ sesungguhnya sejam yang dibazirkan melakukan perkara kerana selainNya, maka layaklah  penyesalan baginya seumur hidup. ’’

Tapi kutahu…
Segalanya tak mustahil
Jika hadir rahmatMU
Wahai TUHANKU

Untukku membaik rupa asalku
Jadi anak2 suci semula
Alangkah indahnya!!

Bagaimana muka2 begini boleh jumpa dengan kekasih??!!

Bagaimana bau ini boleh berhadap dengan kekasih2 ??!!

Bagaimana inginku menatap wajahnya ??!!

Bagaimana untukku jamah mulus tangannyaa ??!!

Moga dapat redha moga terampun dosa
Moga boleh bersama semula

Dia menunjukku sebaik2 jalan bagai dulu
Ya aku dulu begini dan begitu - degil tak mengikut nasihatnya,
Tapi izinkan diri mengatur rentak semula

Aku dah menginsafi waktu2 kelmarin,
Marilah untuk bersama

Siapalah aku tanpamu dijiwa

Siapalah aku tanpaku dalam jagaan-mu

Sesat entah kemana
Waktu2 yang lalu dah jelas membuktikan kataku

Layaklah aku dicaci maki-kerna layakku memang begitu,

Tapi terimalah aku
Terimalah aku

Moga RAHMATNYA tertimpa kearahku
Lalu dapatku sabar ikhlas tekun mengharungi cabaran alam ini

Denganmu- guruku