'serulah nama yang paling kau kasihi lalu kan terubatlah luka'
bersama pak tam aku melangkah masuk ruang mesra ini 'kg Chenong'. rimbunan lengan pokok-pohon ini menutupi terik matahari; seakan mengucap selamat dengan ketibaanku kemari-walau aku hakikatnya bukanlah begitu. sekadar terasa ada keseronokan dan kemesraan apabila mataku bersapa dengan pohon2 rimba ini
'serulah nama yang paling kau kasihi lalu kan terubatlah luka'
ia mujarabat yang amat mujarab aku temui. dan ia sudah terbukti kini. akhirnya, tepat pukul 513pm aku tiba di Madrasah al Husainiah. sungguh banyak kenangan tertimbun disini setinggi banjaran gunung yang mampu kau lihat terus disini. seperti itu jualah kerinduanku padamu. inilah asalku inilah kampungku inilah ibuku inilah ayahku. yang mendidikku sejak dari tak tahu apakah itu itu tak tahu.
lamunanku terhenti bila bertemu sahabat handai lainnya disini. kataku dalam hati ; aku kembali lagi. seoalzh2 aku berda 5/6 tahun lalu dan aku masih budak hingusan back there. ha3 amat melucukan jika teringat zaman kanak2ku disini.
terus ku letakkan beg galas dan ku turut bantu mereka semua. malam ini akan diadakan majlis yang hebat. ya amat hebat! aku bantu bg jalil menyusun buku2 di atas meja. seperti tidak percaya aku macam kembali bekerja dibawahnya, seperti dulu dekat ampang ... ha3 mmg kenangan . susah kerja dekat kilang penyusunan kitab. tetapi tanpa kesusahan takkan merasa kemanisan. tak gitu?
kemudian aku segera bersiap sedia pukul 6 tepat aku naik ke surau dan mengambil posisi yang agk 'mudah' untukku. belakang tiang kiri. my fev place. aku seorang yang pemalu.
aku tak bisa melihat terus kemuka orang tertentu jika ada rasa sayang lagi hormat padanya...
terkadang aku mengutuk diriku sendiriku aku bermonolog 'tidak gentarkah engkau?' 'adakah engkau sudah yakin dengan pendiriankau?' adakah engkau sudah hilang akal? dan bermacam2 soaln yang timbul.
aku terlalu takut. takut kerana bermacam perkara yang telah kulakukan . takut kerana dah lama tempat ini kutinggalkan . adakah aku akan diterima lagi sejak aku meninggallan kawasan ini?
adakah akan ku diterima lagi sejak apa yang telah ku lakukan selamaini?
adakah masih ada jalan bagiku untuk membaik peri?
adakah masih ada wajah untukku untuk bermanis kembali?
susah untuk kujawab soalan2 sebegini
aku tahu tak layak lagi untukku mengharap
kerana terlalu banyak leta yang tertanggung di bahu
kerana kelalaianku
dosa2 zaman purbakala dah sedia ada
malah ditambah dengan dosa yang kulakukan setiap waktu dan masa
sungguh (pun) datangku takkan menggembirakan orang yang melihatku
sungguh tiadaku ada wajah yang molek untukku wajjahkan pada mereka
sungguh tiadaku akal yang bernas untukku hadapkan kitab padamereka
sungguh tiada bagiku hati yang subur untukku kuberikan ranum buahnya untuk mereka
tapi yang pasti datang ku kini adalah tanda
yang pasti tibaku ini adalah tidak sia2
inilah penyerahan inilah pengabdian
inilah penghambaaan
melalui telunjuk para ulama kami memohon kepadaMu
dengan jah berkat mereka jualah kamimenharap redha dan ampunMu
dengan wajah mereka jualah Engkau mengurniakan redha pada makhluk2Mu
ya Allah terimalah taubat kami di sisi para kekasihMu
lidah ini tidak bisa lagi memohon kepadaMu
semenjak ia sudah berkata dusta dan melawan perintahMu
maka jadikanlah nasib dan keberuntungan kami
dengan duduk bersama kekasih2Mu
kerana mereka sering berdoa
allhumma ighfirlana zunubana
ya Allah ampunkanlah dosa kami
moga2 aku tergolong dalam 'kami' dlm doa itu jua ya Rab!
jika tidakpun sesungguhnya pandanganMu itu adalah sentiasa tertancap pada para kekasihMu
maka moga2 gerimis hujan rahmaat itu akan terkena kepda hadirin dan samiin yg bersama mereka jua
inilah hari yang masyhud
inilah hari yang tertunggu tibanya
hari aku bertemu jua dengannya
mana layak tangan yang leta, kotor lagi hina ini menulis kalam namanya yang mulia, agung dan tertinggi nilainya
moga2 Allah sentiasa meramatinya
MOGA2 ALLAH SENTIASA MERAHMATINYA
itu aja yang mampu kusebut
ya Allah
saksikanlah ya Rab
sesungguhnya aku menyaksikan sesungguhnnya dia telah menunjukkan jalan yang benar
tetapi nafsu selalu aja menguasai diri dan seringlah membawaku terbabas kesisi
lalu jatuh kejuram yang dalam
sakit nya pedih dan lukanya amat dalam
tapi lantaran terlalu kerap aku jatuh dan sedikit amat aku bangkit
aku dah terbiasa dengan luka2 ini
menyebabkan bisanya dah menyelinap habis ke seluruh anggota ini
bagaikan jiwaku dah mati
sakit dah tak terasa lagi
syukur disitu ada lagi tempat yang selamat
syukur disitu tidak lagi dimakan virus yang jahat2
jauh dibenak hati
kalbuku mengucapkan sesuatu antara jelas atau tidak
aku cinta kamu
ya Allah rahmatilah para guru
aku cinta kamu
terulang dengan sendiri
tiap kali aku selesai solat
itulah doaku lazim dibibir ini
dalam kusemat ;
ya Allah janganlah kiranya Kau mengira dosaku ini dalam sahifahnya
dia telah selesai mengajarku mendidik tarbiah dengan ksih sayang serta dengan tegas dan tenang
tetapi aku yang tersalah tiap kali melangkah
malah yang kupinta harap Kau ampunkanlah kekasihmu ini barang apa yang terdapat pada sisi ilmu
tinggikanlah darjatnya
sihatkanlah tubuh jasadnya
panjangkanlah umurnya
bahagiakanlah hatinya
terkadang ku akhiri dengan doa
ya Allah walaupun kami tak mampu untuk mendatangkan redha dengan kelakuan amal kami
janganlah kiranya Kau membala kami dengan menjadikan kami sebabnya mendapat kesusahan dan kekecewaan
dunia atau disana
inilah hari terhebat aku bertemu dengan guruku
ya aku telah berjumpa guruku
ya itulah guruku
guru
malam yang penuh berkah itu beliau telah berkenan menghadiahkan kami ijazah Maulid Syeikh Azzab.
tak terkata hatiku terpaku lidahku... hadiah yang amat bermakna... walaupun selama mana tepisah dia tetap menerima...ya ALLLAH kurniakanlah kami kekuatan untuk menggembirakan kekasihMu
dulu kami selalu mengecewakannya maka apalah kiranya jika dapat sebelum kelopak menutup mata
dapat kiranya kami memberikannya sekuntum dua tangkai bunga
mungkin wangiannya takkan lama
mungkin segahnya akan padam selama 3 hari aja
tapi biarlah ia akan menggembirakannya
moga2 ia akan menggembbirakan Syeikh
kekasihNya