الجمعة، 24 ديسمبر 2010

القياس البديع


تعصي الإله وأنت تظهر حبه ... هذا لعمري في القياس بديع

لو كان حبك صادقا لأطعته ... إن المحب لمن يحب مطيع

kamu melakukan maksiat terhadap Tuhan, sedangkan engkau menzahirkan luaran yang seakan-akan sayang kepadaNya...
 ---
sesungguhnya bagiku perkataan ini adalah bidalan yang amat tinggi (jelek sekali)...
---
jika kau kasihmu kepadaNya adalah benar sudah tentu kau akan mentaatiNya...
---
kerana sesungguhnya setiap kekasih yang benar itu sangat mentaati Kekasihnya...
 

الاثنين، 11 أكتوبر 2010

-haribaan pintuMu-



benarkah tiada bagiku
ruang di dsisiMu untukku bertapak 
walaupun sejengkal jari 
untuk aku berdiri di ambang pintuMu...

الأربعاء، 22 سبتمبر 2010

tiada kata


bagaimana kan ku mula..
dan apakah kata2
terindah untuk dibadikan...

tiap kata berkisah tiap madah bererti 
manakah ilhamku...

cahaya dimatamu, senyum dibibirmu 
menjadi seribu tanda pertanyaan
mungkinkah kau jua
dalam kerinduan disaat begini
aku memerlukan..

- -sifu m nasir- -

الخميس، 1 يوليو 2010

-itu dia-


lembut pandangan,
manis senyuman,
mulus muka,
benar suara,
jelas, seputih kainnya
suci, kuharap begitulah hatinya

الأحد، 9 مايو 2010

nafsu, tidurlah kamu

muka;
muka yang elok janganlah kau lemparkan ke tempat yang berkelok
takut terjatuh ke lopak ; terngadah mengaduh



moga rindu bimbang
kan membaik jiwa
mewaras akalmu
melena tidur nafsu
(pati)

biarkanlah ia berdengkur sendiri
moga selama2 nya berseloka
lalu batinmu tenang
 badanmu sejahtera



bahkan lebih dari itu...
biarlah 'dia' bertennag
tersenyum lihatku
baik seperti dahulu
mog2 sejahteraku membahagiakannya
hanya senyumannya lah pengubat luka lara!
titik kejayaan ku disana dan dunia

hatiku takut
tiadalah yang lebih besar  dari diri
bila akal tidak lagi dikepala
lalu menerawang
melaku semua carca marba


oh biarkanlah ia nyenyak beradu
moga dengan itu aku kan berhasil melakukan segala
menggembirakan dia
izinkanlah dia tersenyum untukku
walau sekali cuma
walau sebenntar saja

walau dengan sementara

...

biarkanlah nafsu tidur
semahunya
selama-lama jagung rebus
ditunggu putiknya


malam bantulah aku
bulan sanggalah pundakku
moga terbit cahaya sinar nanti
aku terkesima, sedang dia tersenyum lagi  disitu
biarkanlah nostalgia lama
bukakanlah lembaran baru
cerita2 suka biarkanlah ia bermula
sementelahan tidurnya sang nafsu 

الثلاثاء، 4 مايو 2010

air dan api

aku dan dia bak air dan api

bila api marak 
aku padam dengan lembut rembesanku
tapi bila naik gilaku
kan terbenamlah api  dalam bahku


bila air kesjukan
api jadi teman 
memanaskan ruang
selesakan daku


bila api marak tak keruan
ku titiskan embun nan manja
moga tenang halnya




الأحد، 2 مايو 2010

segalanya tak mustahil jika hadir rahmatMu


Dosa dah tak tertampung dek badan
Lalu diriku meroyan2
Rahmat Tuhan jadi harapan
Pagar diri dari kesesatan

Oh badanku dah kotor dilempar najis dosa,
 janganlah kau biarkan jatuh ke lopak pula
Pasangkan untukku tangkal azimat
Mengelak diri dari mudharat

Oh bukanlah unuk maslahat ku
Tetapi untuk fadhilatmu
‘yang dimataku rindu
Dihati menusuk kalbu
Ditelinga menyeru2’
Yang mana baikku gembiramu
Yang sihatku senyummu
Tidaklah ini dan itu
Melainkan kerana kamu
 

Dah berlalulah zaman yang panjang
Aku tetap begitu, sedang engkau menanti pulangku-suatu harapan gemilang
Tetapi aku ..
Tetapi aku..
Tidak seperti yang kau mahu

Tak bisa ku harung semua ombak
Yang menghempas jasadku
Lalu ku terjatuh ke juram yang dalam
Terluka , ubatnya tiada
Sering kali ku cuba untuk keatas semula
Sekonyong2 angin datang lagi dikelilingi camar
Mengganggu jalanku
Ku terjatuh lagi..
Peristiwa berkali2 sampai badanku dah lali..
Malulah menceritakan kisah yang hakiki
Menyesalnya tak sudah sampai mati



Benarlah kata2 orang lama ‘‘ sesungguhnya sejam yang dibazirkan melakukan perkara kerana selainNya, maka layaklah  penyesalan baginya seumur hidup. ’’

Tapi kutahu…
Segalanya tak mustahil
Jika hadir rahmatMU
Wahai TUHANKU

Untukku membaik rupa asalku
Jadi anak2 suci semula
Alangkah indahnya!!

Bagaimana muka2 begini boleh jumpa dengan kekasih??!!

Bagaimana bau ini boleh berhadap dengan kekasih2 ??!!

Bagaimana inginku menatap wajahnya ??!!

Bagaimana untukku jamah mulus tangannyaa ??!!

Moga dapat redha moga terampun dosa
Moga boleh bersama semula

Dia menunjukku sebaik2 jalan bagai dulu
Ya aku dulu begini dan begitu - degil tak mengikut nasihatnya,
Tapi izinkan diri mengatur rentak semula

Aku dah menginsafi waktu2 kelmarin,
Marilah untuk bersama

Siapalah aku tanpamu dijiwa

Siapalah aku tanpaku dalam jagaan-mu

Sesat entah kemana
Waktu2 yang lalu dah jelas membuktikan kataku

Layaklah aku dicaci maki-kerna layakku memang begitu,

Tapi terimalah aku
Terimalah aku

Moga RAHMATNYA tertimpa kearahku
Lalu dapatku sabar ikhlas tekun mengharungi cabaran alam ini

Denganmu- guruku

 

 


jalan ke syurga 2

   'serulah nama yang paling kau kasihi lalu kan terubatlah luka'

            bersama pak tam aku melangkah masuk ruang mesra ini 'kg Chenong'. rimbunan lengan  pokok-pohon ini menutupi terik matahari; seakan  mengucap selamat dengan ketibaanku kemari-walau aku hakikatnya bukanlah begitu. sekadar terasa ada keseronokan dan kemesraan apabila mataku bersapa dengan pohon2 rimba ini

            'serulah nama yang paling kau kasihi lalu kan terubatlah luka'

            ia mujarabat yang amat mujarab aku temui. dan ia sudah terbukti kini. akhirnya, tepat pukul 513pm aku tiba di Madrasah al Husainiah. sungguh  banyak kenangan tertimbun disini setinggi banjaran gunung yang mampu kau lihat terus disini. seperti itu jualah kerinduanku padamu. inilah asalku inilah kampungku inilah ibuku inilah ayahku. yang mendidikku sejak dari tak tahu apakah itu itu tak tahu.

           lamunanku terhenti bila bertemu sahabat handai lainnya disini. kataku dalam hati ; aku kembali lagi. seoalzh2 aku berda 5/6 tahun lalu dan aku masih budak hingusan back there. ha3 amat melucukan jika teringat zaman kanak2ku disini.

           terus ku letakkan beg galas dan ku turut  bantu mereka semua. malam ini akan diadakan majlis yang hebat. ya amat hebat! aku bantu bg jalil menyusun buku2 di atas meja. seperti tidak percaya aku macam kembali bekerja dibawahnya, seperti dulu dekat ampang ... ha3 mmg kenangan . susah kerja dekat kilang  penyusunan kitab. tetapi tanpa kesusahan takkan merasa kemanisan. tak gitu?
       
           kemudian aku segera bersiap sedia pukul 6 tepat aku naik ke surau dan mengambil posisi yang agk 'mudah' untukku. belakang tiang kiri. my fev place. aku  seorang yang pemalu. aku tak bisa melihat terus kemuka orang tertentu jika ada rasa sayang lagi hormat padanya...

           terkadang aku mengutuk diriku sendiriku aku bermonolog 'tidak gentarkah engkau?' 'adakah engkau sudah yakin dengan pendiriankau?' adakah engkau sudah hilang akal? dan bermacam2 soaln yang timbul.

          aku terlalu takut. takut kerana bermacam perkara yang telah kulakukan . takut kerana dah lama tempat ini kutinggalkan . adakah aku akan diterima lagi sejak aku meninggallan kawasan ini?

adakah akan ku diterima lagi sejak apa yang telah ku lakukan selamaini?
adakah masih ada jalan bagiku untuk membaik peri?
adakah masih ada wajah untukku untuk bermanis kembali?

            
susah untuk kujawab soalan2 sebegini
aku tahu tak layak lagi untukku mengharap
kerana terlalu banyak leta yang tertanggung di bahu
kerana kelalaianku
dosa2 zaman purbakala dah sedia ada
malah ditambah dengan dosa yang kulakukan setiap waktu dan masa

sungguh  (pun) datangku takkan menggembirakan orang yang melihatku
sungguh tiadaku ada wajah yang molek untukku wajjahkan pada mereka
sungguh tiadaku akal yang bernas untukku hadapkan kitab padamereka
sungguh tiada bagiku hati yang subur untukku kuberikan ranum buahnya untuk mereka

tapi yang pasti datang ku kini adalah tanda
yang pasti tibaku ini adalah tidak sia2

inilah penyerahan inilah pengabdian
inilah penghambaaan
melalui telunjuk para ulama kami memohon kepadaMu
dengan jah berkat mereka jualah kamimenharap redha dan ampunMu
dengan wajah mereka jualah Engkau mengurniakan redha pada makhluk2Mu

ya Allah terimalah taubat kami di sisi para kekasihMu
lidah ini  tidak bisa lagi memohon kepadaMu
semenjak ia sudah berkata dusta dan melawan perintahMu
maka jadikanlah nasib  dan keberuntungan kami
dengan duduk bersama kekasih2Mu
kerana mereka sering berdoa
allhumma ighfirlana zunubana
ya Allah ampunkanlah dosa kami

moga2 aku tergolong dalam 'kami' dlm doa itu jua ya Rab!

jika tidakpun sesungguhnya pandanganMu itu adalah sentiasa tertancap pada para kekasihMu
maka moga2 gerimis hujan rahmaat itu akan terkena kepda hadirin dan samiin yg bersama mereka jua

inilah hari yang masyhud
inilah hari yang tertunggu tibanya
hari aku bertemu jua dengannya
mana layak tangan yang leta, kotor lagi hina ini menulis kalam namanya yang mulia, agung dan tertinggi nilainya
moga2 Allah sentiasa meramatinya
MOGA2 ALLAH SENTIASA MERAHMATINYA
itu aja yang mampu kusebut
ya Allah
saksikanlah ya Rab
sesungguhnya aku menyaksikan sesungguhnnya dia telah menunjukkan jalan yang benar
tetapi nafsu selalu aja menguasai diri dan seringlah membawaku terbabas kesisi
lalu jatuh kejuram yang dalam
sakit nya pedih dan lukanya amat dalam
tapi lantaran terlalu kerap aku jatuh dan sedikit amat aku bangkit
aku dah terbiasa dengan luka2 ini
menyebabkan bisanya dah menyelinap habis ke seluruh anggota ini
bagaikan jiwaku dah mati
sakit dah tak terasa lagi

syukur disitu ada lagi tempat yang selamat
syukur disitu tidak lagi dimakan virus yang jahat2

jauh dibenak hati
kalbuku mengucapkan sesuatu antara jelas atau tidak
aku cinta kamu
ya Allah rahmatilah para guru 
aku cinta kamu
terulang dengan sendiri
tiap kali aku selesai solat
itulah doaku lazim dibibir ini

dalam kusemat ;
ya Allah janganlah kiranya Kau mengira dosaku ini dalam sahifahnya
dia telah selesai mengajarku mendidik tarbiah dengan ksih sayang serta  dengan tegas dan tenang
tetapi aku yang tersalah tiap kali melangkah

malah yang kupinta harap Kau ampunkanlah kekasihmu ini barang apa yang terdapat pada sisi ilmu
tinggikanlah darjatnya
sihatkanlah tubuh jasadnya
panjangkanlah umurnya
bahagiakanlah hatinya

terkadang ku akhiri dengan doa
ya Allah walaupun kami tak mampu untuk mendatangkan redha dengan kelakuan amal kami
janganlah kiranya Kau membala kami dengan menjadikan kami sebabnya mendapat kesusahan dan kekecewaan
dunia atau disana

inilah hari terhebat aku bertemu dengan guruku
ya aku telah berjumpa guruku
ya itulah guruku
guru

                malam yang penuh berkah itu beliau telah berkenan menghadiahkan kami ijazah Maulid Syeikh Azzab.

tak terkata hatiku  terpaku lidahku... hadiah yang amat bermakna... walaupun selama mana tepisah dia tetap menerima...ya ALLLAH kurniakanlah kami kekuatan untuk menggembirakan kekasihMu

dulu kami selalu mengecewakannya maka apalah kiranya jika dapat sebelum kelopak menutup mata
dapat kiranya kami memberikannya sekuntum dua tangkai bunga
mungkin wangiannya takkan lama
mungkin segahnya akan padam selama 3 hari aja
tapi biarlah ia akan menggembirakannya
moga2 ia akan menggembbirakan Syeikh
kekasihNya

 

jalan ke syurga

16 jamadil awal 1431h

aku telah pulang  menuju ke 'syurga' 

           hari itu aku keluar dari rumah tepat 232pm. berdegup degap jantung gementar aku mengayuh langkah. hari ini hari yang amat bermakna bagiku. aku pulang semula kesana. ya ke kampung halamanku...

           lama sudah ku tinggalkannya. semenjak sebelum peperiksaan semester lepas sehingga hari ini, kira-kira lebih 3 bulan rona mataku tidak melihat keayuan pandangan gunung datuk pujaanku

           apapun pulangku kini bukan untuk keindahan hijau alam rimba atau siulan manja si burung dara tetapi kerana lama tak bertemu si dia. itulah yg membuat hati begitu berdebar sekali. sudah terlalu lama sekali aku tidak berperasaan begini.

           aku mengeluh lagi. berat  terasa nafas yang ku hembus sebentar tadi. sebentar lagi aku tiba di stesyen kajang, pukul 303pmku, bermulalah musafir yang teristimewa dalam hidupku..

            dalam gerabak hanya dia yang ku ingati. dari merdu suaranya ku teringat bait kata-katanya. dari indah wajahnya ku teringat bersih bajunya. dari manis senyumnya ku teringat riang tawanya..oh kerinduan hanya pada dia...

             ku hanya banyakkan doa moga sempat tiba diwaktu yang terawal gamaknya.. hari ini bukan seperti  hari2 lain. ia amat istimewa.

            sekejap lagi kedengaran 'stesen seremban' bagaikan sepantas kilat aku sudah disini rupanya! amat tak terasa! aku keluar terburu2 terpandang seremban parade gah disisi bahu jalan. tanda   aku telah berjaya dalam langkahku yang pertama. ya ia 353pm

            kulajukan kayuhan kakiku menuju terminal 0ne. kali ini hatiku begitu riang sekali. pelik. bukan kali pertama ku kemari, tapi mungkin sebbanya yang berlainan menggeletek urat hati ini.

           segera ku pilih bas  merah seremban-tampin . ada dua bas yang akan membawaku kesana tetapi ku pilih yang ini kerana ia berhawa dingan dan lebih selesa. aku tidak mahu menemui kekasih dalam kedaan berbau dan tidak menyenangkannya. kelakar hampir ku terlupa kadar tambangnya. alangkah jauhnya diriku.

           terus ku duduk di kerusi berhamiran. rasa dihati dah tak tertahan. perjalanan ku rasakan amat jauh. ditambah banyak  jalan2 yang dibaik pulih dan diperbaharui disini . sremban tidak lagi pekan koboi yg  kukenali. ha haha. tetapi entah kenapa jiwaku amat kacau sekali. aku tak mampu membaca kecantikan 2 ini apatahlagi merakamkan takjub pada diri. ia sekadar lalu di mataku lalu hilang begitu. aku begitu gelisah untuk bertemunya...

          dalam perjalanan aku terus berdoa pujuk rayuku hanya pada Yang Satu. harap dapatlah ku bertemu. harap dapatlah aku bersatu. harap dapatlah ku ketemu. bersatu. entah berapa kali ia dilaungkan entah berap kali ia ku bacakan. deras akalku memikirkan bicara apa yang patut ku lontarkan kelak. dengan rupa bagaimaknakah. adakah dengan peluk senyum mesra, atau dengan linangan air mata...  kerinduan

         tapi yang memberatkan akal adalah aku. diriku ini. serasa tak layak alagi aku bermukim disini. serasa tak sepatutnya lagi aku pulang kemari. serasa aku patut kembali di lain kali. bertubi2 bisikan itu cuba membengaruhi aku agar aku membelakanagi jalan ini. tidak aku tak akan lari aku tekad aku x akan pergi lagi!

          aku tahu aku bukanlah manusia yang mulia untuk ku berharap kasih seorang kekasih, tetapi tak salah rasanya kalau ku menagih simpati semenjak ada yang mahu menabur benihnya

         umpama menadah hujan di kala kemarau, bukankah besar fadhilat untukku air itu

         aku amat hajatkannya untuk kubasahkan tanah hati ini, moga lembablah dengan zat galian jadis suburlah. lalu besok boleh ku tanam dengan ubi,sawi, malah durian untuk dijadikan makanan orang2 yang menginginkan moga manfaatnya ada untukku dan yang lainnya.

          sebentar lagi aku tiba di sana . ya inilah tempatnya. tanah tumpah kujunjung rupanya! Chengkau terpampang signboard disisi jalan. aku turun cermat. ingin lintas jalan yang besar ini. dalam terik petang ini aku ternampak ex5 biru dengan  lelaki berketayap putih memboncengnya  itu seakan mengenaliku. pak tam rupanya. dia rupanya seakan tahu niat qudumku. lalu ku berpergian bersama.